Tuesday 13 April 2010

Inilah Keluarga Bahagia

Setiap saat hidup ini penuh dengan suka duka kehidupan. Oleh yang demikian kami sentiasa memupukan perasaan cinta sesama sendiri. semakin hari semakin mendalam.
Dalam kehidupan ini pelbagai dugaan lagi cabaran yang harus ditempuhi. Alhamdullilah dalam kehidupan kami telah lengkap segala-galanya.  Kami bersyukur dan yakin dengan arah tuju. Selagi kita berada dalam landasan kebenaran tidak ada ranjau yang tak boleh dilalui.

Fatin Fatihah.
Anak yang paling bongsu ( setakat ini) kenali dari sifatnya  yakin Fatin seorang yang penyabar lagi bijak. Hingga kini Fatin masih lagi menyusu badan . Sentiasa menggembirakan keluarga. Neneknya bergitu mennyayangginya. Anak yang sentiasa ada senyuman manis walau giginya baru 2.

Farah Nadrah
Kelahirannya memeranjatkan kerana pada mulanya kami menyangkakan anak ini adalah lelaki. walau bagaimana pun kami tetap bersyukur dengan kelahirannya. Farah cukup aktif sehinggakan terasa sikap Farah lebih aktif bebanding dengan abangnya. sentiasa bersikap ceria. Dari telatahnya kerinduaan pasti timbul. Menjadi kesukaan atuknya.

Siti Khadijah.
Kerana eeija perempuan namanya telah di pilih oleh atuknya. Seorang yang lemah lembut. sering dibuli oleh adiknya. mana taknya hari2 pasti ada tanggisannya kerana Farah sering menggangunya. Mempunyai sikap ketelitian yang tinggi dan sentiasa berhati2 dari dalam pecakapan atau perbuatan sentiasa penuh dengan tertib.

Muhamad Amirul Farhan
Seorang ketua keluarga yang bakal menggantikan papanya. Mempunyai sikap tanggung jawap kepada adik2nya. walau pun sentiasa nakal Farhan sememangnya bertanggung jawap. bercita2 seperti papanya . Farhan teramat disayangi oleh mak longnya. ada sahaja aktiviti mereka bersama. Kami sebagai ibu bapa sentiasa menggajarnya mengenai tanggung jawap.

Hazleen
Mama kepada semua anak2nya. menjadi pilihan untuk tidur bersama anak2. mama yang penyayang juga kememeh dengan kerenah anak2nya. Bertanggung jawap serta sering membantu papa. Kasihkan keluarga mengatasi segala2nya. Sentiasa mencuba untuk lebih berjaya. walau ada kelemahan bagi papa kasih sayangnya telah mengatasi segalanya. Seorang yang boleh berdikari lagi mencari jalan penyelesaian.

Muhamad Farid
Seorang Papa yang mempunyai kasih telah mencuba agar segala2nya sempurna. Insan yang penyabar dengan kerenah manusia di sekelilingnya. Penuh tanggungjawab dan tidak mudah tewas dengan cabaran. InsyaAllah sayangku, rezeki Allah terbentang luas untuk kita. Selagi kita berusaha dan bertawakal, Aleen yakin, rezeki kita pasti ada dan melimpahi hidup kita sekeluarga. Thank you sayang for your love, patience and understanding. After all, you are the wind beneath my wings...

Itulah keluarga kami. Kasih sayang antara kami tak mungkin pudar selagi kami ada keyakinan antara satu sama lain. Semoga keharmonian dalam keluarga ini berkekalan selama2nya.... amin

eeyet

Psstt... Yang italics itu is written by his other half, me!