Sunday 10 July 2011

Alamak

Salam. Arini g belajar lagi, kesinambungan dari apa yang dipelajari semalam. Tapi, pelajaran arini tidak seceria semalam, Mungkin kerana semalam ada sesi praktikal, jadi pembelajaran lebih teransang, something that I should remember and put into pratice as a teacher myself. Walaubagaimanapun, masih banyak ilmu yg dipelajari. Betul kata ustazah, makin banyak yang dipelajari, makin kita sedar betapa ceteknya ilmu kita.

Salah satu perkara yang menginsafkan ialah, dugaan berada di mana-mana. Semalam dugaannya bagiku ialah "rakan-rakan sekuliah" yang tidak lagi berminat dengan apa yang Ustazah ingin sampaikan. Mungkin mereka merasakan perkara itu tidak lagi akan menyusahkan mereka ada isteri-isteri mereka yang tidak lagi mengalami sindrom bulanan yang akan mengganggu ibadah mereka kelak. Mungkin jua mereka ini lupa yang ada di antara kami ini masih lagi muda remaja (eh?), jadi kami perlu memberi perhatian kepada apa yang disampaikan. Tapi amat susah untuk memberi perhatian sebab cerita2 mereka berkenaan harta duniawi pun best jugak untuk didengari. Hehehe... Dugaan.

Dalam perjalanan pulang, En. Suami telah memandu ke Giant Nilai berhampiran dengan USIM. Rupa-rupanya ada barangan kedai yang masih belum mencukupi. Terdetik perasaan simpati di hati ini. Masih belum selesai kerjanya. Sementara menunggu En. Suami menjelaskan pembayaran di kaunter, ternampak pula Guardian sedang hangat dengan jualan diskaunnya. Harus pergi singgah... Boleh jugak menjamu mata dan menambah ekonomi Guardian tuh.

Sedang membelek2 barangan kosmetik, dengan niat untuk menambah ketebalan bedak di muka, seorang jurujual telah datang dan terus menghulurkan produk Safi Rania Gold. Katanya, produk Olay sudah tidak lagi efektif untuk kulitku (sebelum tu dia tanya pakai produk apa, aku yang jujur lagi telus jawablah Olay). Aku seharusnya berhijrah ke produk yang dapat membantu mengawal kedutan2 halus di muka dan membuat I look younger and prettier. Omakaiii.... terkezut den dongar apa yg terkeluar dr mulut comelnya tuh. Ku ingat ku dah cukup gebu dan montok untuk menutup segala kedut2 di muka nih, rerupanya... selama ni I perasaaaannnn you. 

Dan akibat kejahilanku, akhirnya...


ini pun bertukar tangan. I kan memang penjana ekonomi yang tegar .... Uwaaa...